Biografi Liu_Zhi_(sarjana)

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau mendapat tunjuk ajar bapanya,Liu Sanjie (劉三杰). Pada usia 12 tahun, beliau mempelajari buku-buku agama bersama-sama dengan Yuan Ruqi (袁汝契) di taman Masjid Pengajian Tentera (yang kini tidak wujud lagi) di Nanjing. Pada usia 15 tahun, beliau memulakan karier pangajian di rumahnya. Selama 15 tahun beliau membaca buku-buku Konfusianisme, agama Buddha, Taoisme dan juga "Ilmu-ilmu Barat"; tiada satupun yang tidak dibaca beliau. Beliau menganggap Kongzi dan Mengzi sebagai "Pendeta Timur" dan Muhammad sebagai "Pendeta Barat", dan bahawa "ajaran-ajaran Pendeta Timur dan Barat, dahulu dan kini, adalah satu". Malahan beliau percaya bahawa kitab suci dan buku agama Islam adalah juga "serupa secara umumnya dengan apa yang dimaksudkan oleh Kongzi dan Mengzi". Pada usia sekitar 30 tahun, beliau menetap di kaki Gunung Qingliang di Nanjing, di situ beliau mula mentafsir dan menjelaskan dengan terperinci kitab suci Islam dengan menggunakan pengajian Konfusianisme untuk tempoh selama 20 tahun. Semasa tempoh ini, beliau membawa bersama manuskrip beliau untuk melawat dan meminta nasihat serta pendapat daripada orang Islam dan juga bukan Islam sebanyak dua kali yang meninggalkan kesan peninggalan beliau di serata tempat seperti Jiangsu, Shandong, Hebei, Henan, Anhui, Zhejiang, Guangdong, dan lain-lain. Pada tahun-tahun terakhir beliau, beliau menetap di studio beliau, Saoyelou ("House of Sweeping Leaves"), di Gunung Qingliang di Nanjing.

Beliau mempelajari bahasa Arab dan mahir dalam ajaran agama Buddha dan Taoisme. Beliau juga menulis beberapa buah karya mengenai Islam pada tahun 1674, 1710, dan 1721.[1]

Tulisan beliau menjadi sebahagian daripada Han Kitab, satu himpunan kesusasteraan yang mensintesiskan Islam dan ajaran Konfusionisme.

Beliau mengatakan bahawa orang Islam dibenarkan untuk percaya pada Mandat Langit dan berkhidmat untuk maharaja, kerana Allah membenarkan Mandat Langit wujud.[2]