Livy

Titus Livius[lower-alpha 1] ( 64 or 59 SM – 12 or 17 TM; nama Bahasa Inggeris: Livy) ialah seorang sejarawan zaman Rom purba. Beliau menulis sebuah karya besar mengenai sejarah ketamadunan Romawi dan masyarakat yang menghuninya iaitu Ab Urbe Condita Libri (Kitab Asas Kota), dari lagenda lama yang disebutkan dalam kalangan masyarakat tersebut kononnya pada 753 SM sehinggalah ke zaman pemerintahan Augustus semasa hayatnya sendiri.