Libya
Libya

Libya

Libya atau rasminya Republik Arab Libya Bersatu (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, bersempadan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Algeria dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jika dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.Pada 2011, Libya terjebak dalam suatu perang saudara yang merupakan akibat daripada tempiasan Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Pihak pro-demokrasi mengisytiharkan penubuhan Pemerintah Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Kebangsaan pimpinan Mustafa Abdul Jalil, bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi.

Libya

Zon masa UTC+2 (WET)
Ibu kota Tripoli[a]
Pemerintahan Diragui akibat peperangan
HDI (2019) Templat:Stable0.730[3]
Ralat: Nilai HDI tidak sah
• Anggaran 2019 6,426,888[1] (75)
Bandar terbesar capital
• Kepadatan 13.6/km2 (35.2/sq mi) (118)
• Per kapita $9,278[2]
Bahagian memandu right
Kod panggilan 218
Bahasa rasmi Arab[b]
• Total $89.74 billion[2]
Bahasa lisan Ibrani, Suryani, Arab Libya,& Barbar
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
Mata wang Dinar (LYD)
• Bancian 2006 9,670,688[c]
• Dilepaskan oleh Itali 10 Februari 1937
KDNK (nominal) Anggaran 2019 
• Air (%) Air permukaan kecil, takungan air di bawah tanah.
• Jumlah $59.63 bilion[2]
Internet TLD .ly
• Dari United Kingdom & Libya daripada Peramanahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
24 Disember 1951