Teknik Lompat_kijang

Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.

Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita.

Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut.