Sejarah London_Underground

Kereta Api Metropolitan dibuka dengan menggunakan lokomotif bertolok lebar GWR.[11]

Tahun-tahun terawal

Cetusan idea untuk kereta api bawah tanah yang menghubungkan Bandaraya London dengan beberapa terminal kereta api di pusat bandar telah dicadangkan pada 1830-an,[12] dan Kereta Api Metropolitan telah diberikan kebenaran untuk membina laluan kereta api pada 1854.[13] Untuk penyediaan pembinaan, satu terowong ujian pendek telah dibina pada 1855 di Kibblesworth, sebuah pekan kecil dengan ciri yang serupa seperti London. Terowong ujian ini digunakan untuk dua tahun dalm pembangunan kereta api bawah tanah pertama dan kemudian pada 1861, ia diisi.[14] Kereta api bawah tanah pertama di dunia dibuka pada Januari 1863, di antara Paddington dan Farringdon dengan menggunakan gerabak bercahaya gas, yang diangkut menggunakan lokomotif stim.[15] Projek ini dianggap berjaya, membawa 38,000 penumpang pada hari pembukaan dan telah meminjam kereta api daripada syarikat-syarikat lain untuk melengkapi perkhidmatannya.[16] Kereta Api Daerah Metropolitan (biasanya dikenali sebagai Kereta Api Daerah) dibuka pada Disember 1868 dari Kensington Selatan ke Westminster sebagai sebahagian daripada rancangan untuk "inner circle" (bulatan dalam) bawah tanah yang menghubungkan terminal-terminal laluan utama London.[17] Kereta api Metropolitan dan Daerah menyiapkan aliran Circle (aliran Bulatan) pada 1884,[18] dibina dengan menggunakan kaedah gali dan timbus.[19] Kedua-dua penyedia khidmat kereta api itu mengembangkan perkhidmatan mereka, di mana Kereta Api Daerah membina lima cabang ke barat yang sampai ke Ealing, Hounslow,[20] Uxbridge,[21] Richmond dan Wimbledon,[20] manakala Kereta Api Metropolitan kemudiannya memanjangkan laluannya sehingga ke Verney Junction di Buckinghamshire, lebih daripada 50 batu (80 km) dari Baker Street dan pusat bandar raya London.[22]

Untuk laluan aras dalam pertama, dua terowong membulat bergaris pusat 10 kaki (120 in) digali oleh Kereta Api Bandar dan London Selatan di bawah King William Street (berdekatan stesen Monument) dan Stockwell, di bawah jalan raya untuk mengelakkan keperluan persetujuan daripada pemilik harta tanah yang ada di atas permukaan. Ia dibuka pada 1890 dengan lokomotif elektrik yang mengangkut gerabak dengan tingkap legap kecil dan diberi nama samaran sebagai "sel berlapik".[23] Kereta Api Waterloo dan Bandar dibuka pada 1898,[24] diikuti dengan Kereta Api London Pusat pada 1900, yang dikenali sebagai "tiub dua peni".[25] Kedua-dua kereta api elektrik berkhidmat di dalam terowong membulat yang mempunyai garis pusat di antara 11 kaki 8 inci (3.56 m) dan 12 kaki 2.5 inci (3.721 m),[26] di mana Kereta Api Utara Besar dan Bandar yang dibuka pada 1904 telah dibina untuk mengambil kereta api laluan utama dari Taman Finsbury ke terminal Moorgate di Bandaraya dan mempunyai terowong bergaris pusat 16 kaki (4.9 m).[27]

Pada awal abad ke-20, Kereta api Daerah dan Metropolitan perlu melalui proses pengelektrikan dan satu jawatankuasa bersama menyarankan untuk menggunakan sistem AC; kedua-dua syarikat itu bekerjasama kerana perkongsian pemilikan pada inner circle. Kereta Api Daerah perlu meningkatkan keperluan kewangannya dan menjumpai seorang pelabur dari Amerika Syarikat Charles Yerkes, yang lebih menggemari sistem DC seperti yang digunakan oleh kereta api Bandar & London Selatan dan London Pusat. Pihak Kereta Api Metropolitan membantah perubahan rancangan itu, tetapi selepas proses timbang tara oleh Lembaga Perdagangan, sistem DC diguna pakai.[28]

Rujukan

WikiPedia: London_Underground //www.amazon.com/dp/B0006C7PD2 http://static.scribd.com/docs/6wfl4g62vle8w.swf?IN... http://www.timeout.com/london/features/2816.html http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/8620188.... http://www.nationalrail.co.uk/tocs_maps/tocs/LT.as... http://www.railwaysarchive.co.uk/documents/DoT_KX1... http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/eur... http://www.watfordobserver.co.uk/news/1855280.numb... http://legacy.london.gov.uk/assembly/reports/trans... http://www.london.gov.uk/sites/default/files/10-11...