London
London

London

London (IPA: /ˈlʌndən/ ( dengar)) ialah ibu kota England dan United Kingdom, dan juga kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom. London yang terletak dekat Sungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun, dengan sejarahnya yang bermula dengan penubuhannya oleh kerajaan Rom yang memanggilnya Londinium.[3] Teras purba London, iaitu Bandaraya London, masih banyak mengekalkan sempadan Zaman Pertengahannya yang seluas sebatu persegi. Semenjak selewat abad ke-19, nama London turut memaksudkan kota raya yang dibangunkan di keliling teras tersebut.[4] Sebahagian besar bandar gabungan ini membentuk kawasan London[5] dan kawasan pentadbiran London Raya[6] yang ditadbir oleh Datuk Bandar London dan Dewan Undangan London.[7]London ialah sebuah bandaraya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan.[8] Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia[9][10][11] dan juga mempunyai KDNK bandaraya kelima tertinggi di dunia (dan yang terbesar di Eropah).[12] London pernah disifatkan sebagai ibu kota kebudayaan sedunia.[13][14] Ia dikunjungi oleh pelancong yang 'paling antarabangsa' di dunia[15] dan London Heathrow ialah salah sebuah lapangan terbang yang paling sibuk dengan penumpang antarabangsa.[16]Dengan 43 buah universiti, London merupakan tumpuan institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Eropah.[17] Pada tahun 2012, London menjadi bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas moden sebanyak tiga kali.[18]London didiami oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan dan agama, serta bertutur dalam lebih 300 bahasa.[19] Pada Julai 2010, dengan jumlah penduduk rasmi adalah 7,825,200, London Raya merupakan kawasan perbandaran yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah,[2][20] dan diduduki oleh 12.5% jumlah penduduk seluruh United Kingdom.[21] Kawasan metropolitan London adalah yang terbesar di EU dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 12 juta[22] hingga 14 juta.[23] London mempunyai jumlah penduduk teramai antara semua bandar di dunia pada tahun 1831 hingga 1925.[24]Di London terdapat empat Tapak Warisan Dunia, iaitu: Menara London; Kew Gardens; tapak yang merangkumi Istana Westminster, Westminster Abbey, dan Gereja St Margaret; dan petempatan bersejarah Greenwich (di mana Balai Cerap Diraja (Royal Observatory) menandai Meridian Perdana (garis bujur 0°) dan GMT).[25] Antara mercu-mercu tanda lain yang terdapat di London ialah Istana Buckingham, London Eye, Piccadilly Circus, Gereja Besar St Paul, Jambatan Tower, Dataran Trafalgar dan Stadium Wembley. Di London juga terletaknya pelbagai muzium, balai seni, perpustakaan, tempat bersukan dan tempat-tempat kebudayaan yang sebagainya, termasuk Muzium British, National Gallery, Perpustakaan British, Wimbledon dan 40 buah panggung.[26]London Underground ialah rangkaian tren bawah tanah yang tertua di dunia[27] dan kedua terluas (mengekori Metro Shanghai).[28]

London

• Lembaga setempat Lembaga London Raya
Daerah Bandaraya dan 32 daerah perbandaran
Negara berdaulat United Kingdom
Ketinggian[1] 24 m (79 ft)
Diduduki oleh Rom sebagai Londinium, sekitar 43 M
• Datuk Bandar London Sadiq Khan
• Musim panas (DST) UTC+1 (BST)
• Kepadatan 4,978/km2 (12,892/batu persegi)
• Metro 13,945,000
• Parlimen UK - Dewan Undangan London - Parlimen Eropah 74 kawasan
14 kawasan
Kawasan London
Zon waktu UTC±0 (GMT)
• Urban 8,278,251
Ibu pejabat Dewan Bandaraya
Kawasan London
Kod kawasan 020, 01322, 01689, 01708, 01737, 01895, 01923, 01959, 01992
Negeri England
Laman web london.gov.uk
Kaunti istiadat Bandaraya London dan London Raya
• Dewan undangan setempat Dewan Undangan London
• London 7,825,200

Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/