Perhubungan London

Pengangkutan merupakan salah satu tumpuan dasar utama yang ditadbir oleh Datuk Bandaraya London,[154] namun bidang kuasa kewangan datuk bandar tidak merangkumi rangkaian keretapi jarak panjang yang memasuki London. Pada tahun 2007, datuk bandar memikul tanggungjawab ke atas beberapa landasan keretapi tempatan yang kini membentuk rangkaian London Overground, di samping tanggungjawab sedia ada ke atas perkhidmatan London Underground, trem dan bas. Rangkaian pengangkutan awam London ditadbir urus oleh Transport for London (TfL), dan merupakan antara yang paling meluas di dunia. Ramai juga penduduk yang berbasikal sebagai pengangkutan persendirian di London.[155]

Laluan-laluan yang membentuk London Underground, di samping juga trem dan bas, menjadi sebahagian daripada sebuah sistem pengangkutan bersepadu pada tahun 1933, apabila terbentuknya Lembaga Pengangkutan Penumpang London (London Passenger Transport Board, LPTB) atau London Transport. Kini, Transport for London (TfL) merupakan perbadanan berkanun yang bertanggungjawab atas sebahagian besar sistem pengangkutan di London Raya, dan dikendalikan oleh sebuah lembaga dan seorang pesuruhjaya lantikan Datuk Bandaraya London.[156]

Udara

Heathrow (terminal 5 digambarkan) merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di dunia dari segi penerbangan antarabangsa.[16][157]

London merupakan sebuah pusat pengangkutan udara antarabangsa dengan ruang udara kota yang terbesar di dunia. Lapan buah lapangan terbang memakai nama London dalam namanya, tetapi hanya enam daripadanya disinggahi oleh kebanyakan lalulintas udara. Lapangan Terbang Heathrow London di Hillingdon, London Barat, merupakan lapangan terbang yang paling sibuk bagi penerbangan antarabangsa, dan juga merupakan pangkalan utama syarikat penerbangan kebangsaan UK, British Airways.[158] Heathrow terdiri daripada lima terminal.[159]

Lalu lintas udara antarabangsa dan juga penerbangan bajet jarak dekat turut dikendalikan oleh Lapangan Terbang Gatwick London, yang terletak di West Sussex di selatan London.[160]

Lapangan Terbang Stansted yang terletak di Essex di timur London, merupakan hab utama tempatan untuk Ryanair, sementara Lapangan Terbang Lutondi Bedfordshire di utara London tertumpu pada penerbangan bajet jarak dekat.[161][162] Lapangan Terbang Bandaraya London, iaitu lapangan terbang yang paling kecil dan paling di pusat, tertumpu khas kepada penumpang bisnes dengan campuran penerbangan berjadual jarak dekat serta lalulintas pesawat persendirian.[163]

Lapangan Terbang Southend London di Essex di timur London ialah sebuah lapangan terbang kecil yang tertumpu pada penerbangan bajet jarak dekat, dan juga merupakan tapak perniagaan EasyJet.

Bas dan trem

Bas dua tingkat merah merupakan salah satu simbol utama London

Rangkaian bas London adalah antara yang terbesar di dunia, beroperasi 24 jam sehari, dengan lebih 8,000 buah bas, 700 laluan bas, dan lebih 6 juta tumpangan setiap hari bekerja. Pada tahun 2003, rangkaian bas ini mencatat sekitar 1.5 bilion tumpangan setahun, iaitu lebih daripada perkhidmatan Underground.[164] Sejumlah sekitar £850 juta pendapatan diperoleh setahun. London mempunyai rangkaian mesra kerusi roda yang terbesar di dunia[165], apatah lagi mulai suku ketiga tahun 2007, ia semakin memudahkan penumpang yang kurang upaya pendengaran dan penglihatan dengan sistem pengumuman audio-visual. Bas dua tingkat yang menonjol terkenal di seluruh dunia sebagai lambang utama pengangkutan London di samping teksi hitam dan tren bawah tanah.[166][167]

London mempunyai rangkaian trem moden yang dikenali sebagai Tramlink, bertapak di Croydon di London Selatan. Rangkaian ini ada 39 hentian, tiga laluan dan mengangkut 26.5 juta orang pada tahun 2008. Semenjak Jun 2008, Transport for London memiliki Tramlink sepenuhnya.[168]

Basikal

Kegiatan berbasikal di London mengalami kebangkitan semenjak awal tahun 2000. Mereka yang berbasikal menikmati perjalanan yang lebh murah lagi cepat berbanding yang menaiki pengangkutan awam atau kereta.

Pelabuhan

Dahulunya pelabuhan terbesar di dunia, Pelabuhan London kini sekadar pelabuhan kedua terbesar di United Kingdom, mengendalikan 45 juta tan kargo setahun.[147] Kebanyakan lalulintas kapal ke London sebenarnya melalui Pelabuhan Tilbury yang terletak di luar sempadan London Raya.

Rel

London Underground ialah sistem alihan laju yang tertua di dunia

London Underground, lebih mesra dikenali sebagai "The Tube", merupakan sistem alihan laju yang tertua[27] dan kedua terpanjang[28] di dunia. Semenjak mula beroperasi pada tahun 1863, sistem ini merangkumi 270 stesen[169] dan terbentuk daripada sebilangan syarikat swasta, termasuklah perkhidmatan tren elektrik bawah tanah yang pertama di dunia, iaitu City and South London Railway.[170]

Lebih tiga juta perjalanan dilakukan setiap hari di rangkaian bawah tanah London, bersamaan dengan lebih 1 bilion setiap tahun.[171] Sebuah program pelaburan sedang cuba menyelesaikan masalah kesesakan penumpang dan keutuhan sistem, termasuk £7 bilion yang diperuntukkan khas sempena Sukan Olimpik 2012.[172] London juga dipuji sebagai bandaraya yang memiliki pengangkutan awam terbaik.[173] Docklands Light Railway yang dibuka pada tahun 1987, merupakan sistem alihan laju kedua yang lebih kecilan dan menggunakan kenderaan ringan seakan trem yang berkhidmati di Docklandsdan Greenwich.

Juga terdapat sebuah rangkaian tren subbandar atas tanah yang menyeluruh dan tertumpu di London Selatan yang kurang landasan bawah tanah. Di London terletaknya stesen yang paling sibuk di Britain, iaitu Waterloodengan lebih 184 juta orang yang menggunakan kompeks stesen pertukaran ini setiap tahun (termasuk stesen Waterloo East). Stesen-stesen ini menyediakan perkhidmatan tren ke London Tenggara dan Barat Daya, dan juga sesetengah bahagian Tenggara dan Barat Daya England.[174][175] Kebanyakan landasan tren berhujung di tengah-tengah London, iaitu setepatnya di 18 stesen terminal kecuali tren Thameslink yang menghubungkan Bedford di utara dengan Brighton di selatan melalui lapangan-lapangan terbang Luton dan Gatwick.[176]

Semenjak tahun 2007, tren berkelajuan tinggi Eurostar menyambungkan St. Pancras International dengan bandaraya-bandaraya Lille, Paris, dan Brussel. Tempoh perjalanan ke Paris dan Brussel yang masing-masing selama 2 jam suku dan sejam 50 minit, menjadikan London lebih dekat dengan tanah besar Eropah berbanding seluruh Britain yang selebihnya semata-mata oleh sebab bersambungnya landasan High Speed 1ke Terowong Selat[177] sementara tren-tren domestik berkelajuan tinggi pertama dibuka pada Jun 2009, menghubungkan Kent dengan London.[178]

Jalan raya

Simpang lebuh raya M4/M25 berdekatan Lapangan Terbang Heathrow London

Walaupun sebahagian besar perjalanan lalulintas yang melibatkan pusat bandaraya London melibatkan pengangkutan awam, namun kereta lebih diutamakan di kawasan pinggir bandar. Jalan pekeliling dalam(di sekeliling pusat bandaraya), jalan-jalan Lingkaran Utara dan Selatan (di pinggir bandar), dan jalan pekeliling luar (M25, di luar kawasan terbangun) mengelilingi bandaraya ini sambil bersimpang dengan sebilangan laluan-laluan jejarian yang sibuk, tetapi sedikit sekali bilangan lebuh raya yang menembusi pedalaman London. Lebuh raya M25 merupakan lebuh raya pekeliling yang terpanjang di dunia pada195.5 km (121.5 mi).[179] A1 dan M1 menyambungkan London dengan Edinburgh, Leeds dan Newcastle, serupa dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Malaysia.


Rujukan

WikiPedia: London ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-VI/... http://www.aci.aero/cda/aci_common/display/main/ac... http://www.shfao.gov.cn/wsb/english/Sister_Cities/... http://www.gov.cn/misc/2006-04/10/content_250542.h... http://www.allmusic.com/explore/style/d204 http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/1... http://www.britishpathe.com/workspace.php?id=2449&... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://www.channel4.com/history/microsites/H/histo... http://money.cnn.com/2004/06/11/pf/costofliving/