Louisa_Chong

Louisa Chong ialah seorang pelakon rakyat Malaysia, berbangsa Cina dan beragama Islam yang terkenal di Malaysia. Beliau mendapat pendidikan di England, pertama di Brighton dan kemudiannya di London. Beliau merupakan seorang graduan perakaunan tetapi tidak bekerja sebagai akauntan. Namun begitu, beliau pernah menjadi auditor junior di sebuah syarikat di London. Beliau merupakan satu-satunya auditor wanita di syarikat itu. Beliau pernah mengaudit akaun untuk filem Star Wars.[1]