Doktrin Luteranisme

Secara tradisinya, para penganut gereja ini mengiktiraf kitab-kitab Perjanjian Lama dan Baru sahaja sebagai suatu penurunan wahyu yang sebenar serta norma yang diterima dalam ajaran yang disebarkan oleh Yesus Kristus.[5] Kepercayaan para penganut ini didasarkan secara formalnya kepada fahaman bahawa kitab suci sahaja yang dipakai sebagai pedoman untuk amalan dan peraturan (Sola scriptura) - maka ia juga diiktiraf sebagai suatu rujukan utama berkaitan keimanan dan moral penganut kerana ciri inspirasi, kuasa, kejelasan, kecekapan dan kecukupan kandungan yang tertulis dalam kitab-kitab tersebut.[6]

Tritunggal

Para penganut mazhab ini berkepercayaan kepada konsep Tritunggal. Mereka menolak tanggapan bahawa Tuhan Bapa dan Tuhan Anak merupakan "wajah" kepada Tuhan yang sama kerana mereka berdasarkan kepada kitab-kitab Perjanjian Lama dan Baru yang membezakan dua entiti ini secara khusus dan terperinci.[7] Penganut Luteranisme juga percaya bahawa Roh Kudus berasal daripada kedua-dua Tuhan Bapa dan Tuhan Anak.[8]

Pembaptisan

Para Luteran percaya bahawa amalan pembaptisan ialah suatu amalan yang dilihat menyelamatkan (saving work of God)[9] di mana ia dipercayai termaktub dan di oleh Yesus sendiri.[10]

Perjamuan Suci

Orang Luteran percaya bahawa jasad dan darah Yesus itu ada "dalam, bersama dan melalui bentuk" bahan roti dan wain yang diperjamukan kepada sesiapa sahaja yang menjamah kedua-dua bahan ini.[11]