Luteranisme

Lut[h]eranisme ialah sebuah mazhab atau cabang gereja utama dalam Agama Kristian yang berkait kepada ajaran Martin Luther, seorang agamawan abad ke-16 yang memulakan suatu pergerakan pembaharuan agama sangat berpengaruh melalui penulisan 95 Dalilnya sehingga menyebabkan suatu perpecahan doktrin dalam dunia Kristian.[1]Gereja ini banyak ditemui dengan jutaan penganut (diberi nama Luteran) di serata dunia.[2] Persekutuan Luteran Sedunia menganggarkan sebanyak leibh 74 juta orang yang berada dalam gereja ini,[3] namun ia tidak mengira gereja-gereja bermazhab ini yang tidak memasuki persekutuan ini secara rasmi mahupun tidak mengiktiraf diri sebagai gereja Luteran.[4] Mazhab gereja ini merupakan agama rasmi di beberapa negara Nordik tertentu iaitu Iceland, Norway, Denmark, Greenland dan Kepulauan Faroe.