M._G._Pandithan

Tan Sri M.G. Pandithan (3 April 1940[1] - 30 April 2008) merupakan bekas Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF). Beliau meninggal dunia pada 30 April 2008 di Hospital Kuala Lumpur semasa berumur 68 tahun.Pandithan merupakan bekas ahli parti Kongres India Se-Malaysia (MIC). Beliau pernah bertelagah dengan Datuk Seri Samy Vellu pada 1988, dan kemudian dipecat dari parti pada 16 Julai 1988. Setelah gagal untuk kembali ke MIC, kemudian Pandithan menubuhkan dan menjadi Pengerusi AMIPF pada Julai 1990.