MRT_(Bangkok)
MRT_(Bangkok)

MRT_(Bangkok)

Transit Laju Metropolitan atau Kereta Api Elektrik Metropolitan (Thai: รถไฟฟ้ามหานคร; singkatan: MRT) merupakan sistem kereta api alihan laju yang memberi khidmat di kawasan metropolitan Bangkok di Thailand. Sistem kereta api transit ini merupakan yang kedua di Bangkok selepas Skitren BTS (BTS Skytrain). MRT dikendalikan oleh Syarikat Lebuhraya dan Kereta Api Bangkok dibawah satu konsesi yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Thailand (MRTA). MRT, Skitren dan Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi bersama-sama menjadi sebahagian daripada prasarana pengangkutan rel di Bangkok.MRT memberi khidmat kepada 240,000 penumpang setiap hari. Ia mempunyai 35 buah stesen yang sedang beroperasi di sepanjang 43 kilometer (27 mi)[1] laluan bawah tanah. Laluan pertama MRT, Laluan Biru atau nama rasminya Laluan Chaloem Ratchamongkhon telah dibuka pada 2004, di antara Hua Lamphong dan Bang Sue. Sehingga tahun 2016, dua sambungan laluan Biru kini sedang dalam pembinaan dan apabila siap, ia akan menjadi sebuah laluan gelung. Laluan kedua milik MRT iaitu Laluan Ungu atau secara rasminya, Laluan Chalong Ratchadham pula dibuka sepenuhnya pada 2016, di mana ia menghubungkan Bang Sue dengan Nonthaburi di barat laut.

MRT_(Bangkok)

Pemilik Suruhanjaya Transit Aliran Deras (MRTA)
Panjang sistem 43 kilometer (27 mi)[1]
Pengelektrikan Rel ketiga
Bil. penumpang tahunan 92.4 juta (pada 2014)[2]
Jumlah stesen 35[1]
Kelajuan tertinggi 80 km/h (50 mph)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai
Lokasi Kawasan Metropolitan Bangkok
Ibu pejabat 175 Jalan Rama IX, Huaykwang, Bangkok 10320
Laman sesawang www.mrta.co.th/en/
Jenis transit Transit aliran deras
Jumlah kenderaan
Jumlah laluan/aliran 2 (1 lagi dalam perancangan)
Pengendali Syarikat Lebuhraya dan Kereta Api Bangkok
(SET: BEM)
Bil. penumpang harian 287,000 (pada 2016)
Mula beroperasi 3 Julai 2017 (2017-07-03)
Nama asal รถไฟฟ้ามหานคร
("Kereta api elektrik metropolitan")