Mafumafu

Mafumafu (Jepun: まふまふ, Hepburn: Mafumafu, lahir 18 Oktober 1991) ialah penyanyi Jepun. Selain karya solonya, beliau penyanyi vokal, penulis lirik dan penggubah dalam duo muzik After the Rain terbentuk dengan rakan penyanyi utaite Soraru. Mafumafu juga dikenali terkenal sebagai Nandemoya (Jepun: 何でも屋, har. Orang yang tahu membuat pelbagai kerja).[1] Nada suaranya yang luas, menjangkaui melebihi lima oktaf, membolehkan beliau nyanyi dalam tingkat nada tinggi yang setanding dengan beberapa lagu Vocaloid;[2][tiada dalam ayat yang diberikan] dengan beberapa nyanyian semula, beliau juga telah mengguna pakai nama Manunchan (Jepun: まぬんちゃん) untuk "persona perempuan" beliau, yang memiliki suara yang lagi tinggi.[3][4] Warna imejnya putih. Imej 2D beliau berupa tanda rambut putih dan kod bar di pipi kirinya. Saluran YouTube beliau mempunyai lebih 3 juta pelanggan.[5] Videonya mempunyai lebih 2.0 bilion tontonan tergabung.[6]