Magneto
Magneto

Magneto

Magneto ialah sejenis penjana elektrik yang menggunakan magnet kekal untuk menghasilkan arus ulang-alik.Penjana magneto engkol tangan digunakan untuk menghasilkan arus deringan dalam sistem telefon terawal.Magneto yang disesuaikan untuk menghasilkan nadi-nasi voltan tinggi digunakan dalam sistem penyalaan sesetengah enjin pembakaran dalam janaan petrol untuk menyalurkan kuasa kepada palam pencucuh.[1] Kini, magneto terhad keada enjin-enjin yang ketiadaan bekalan elektrik sendiri, misalnya dalam mesin memotong rumput dan gergaji rantai. Ia juga terpasang dalam enjin omboh penerbangan secara meluas walaupun lazimnya terdapat bekalan elektrik yang sedia ada, kerana sistem penyalaan magneto lebih boleh diharap daripada sistem gelung bateri. Magnetos jarang digunakan untuk penjanaan kuasa, tetapi juga digunakan untuk beberapa kegunaan khusus.