Kejutan Maharaja_Lawak_Mega_2016

  • Bunga Citra Lestari tidak dapat bersama pada minggu ke-3 kerana masalah peribadi dan kemungkinan tempatnya akan digantikan dengan juri undangan.
  • Scha Al-Yahya telah menggantikan tempat juri iaitu Bunga Citra Lestari pada minggu ke-3.
  • Nora Danish akan menjadi juri jemputan pada minggu ke-4. Sebelum ini beliau pernah menjadi juri tetap di Maharaja Lawak Mega 2013.
  • Kemunculan kumpulan baru yang dikatakan pertama kali diserap masuk iaitu Jonaz gabungan Johan & Shaarnaz Ahmad memeriahkan pentas MLM 2016 pada minggu ke-4. Namun, mereka hanyalah sebagai 'Cif Lawak' edisi MLM 2016 yang memberi komen melalui Twitter.
  • Bunga Citra Lestari kembali di MLM2016 pada minggu ke-5.
  • Peserta solo MLM2016, Rayza telahpun monopoli "5Ha" sebanyak 3 kali kerana telah berjaya menarik perhatian para juri dan penonton.
  • Kesemua peserta masing-masing meraih lebih daripada "3Ha" buat kali pertama di minggu ke-8.
  • Mamak Puteh memenangi Man Of The Match, tetapi tersenarai dalam kedudukan tiga terbawah di minggu ke-9.
  • Suasana senyap seketika apabila MLM2016 dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak lagenda iaitu Mohd Yusof Bin Abdul Hamid atau Mr Os, bertarikh 08 April 2016. Beliau merupakan bekas peserta MLM bagi tahun 2011 & 2013. Pada tahun 2011, beliau telah membentuk kumpulan Osbon, iaitu bergandingan bersama pelawak Abon dan julung kalinya menjadi juara bagi MLM musim yang pertama. Manakala pada tahun 2013 pula, beliau telah bergandingan dengan Isma Aliff dan membentuk kumpulan Osama namun kecundang di minggu ke-3. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
  • Persembahan yang cukup menghiburkan oleh juri tetap, Bunga Citra Lestari dengan lagu Wanita Terbahagia dan Karena Ku Cinta Kau sebagai persembahan pertengahan pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2016 sebelum tugasan kedua yang akan dilakukan oleh ejen lawak bermula.
Musim
2011  · 2012  · 2013 · 2014  · 2016  · 2017  · 2018
Pengacara
Dato' AC Mizal (2011 - kini)
Juara
Osbon (Mr Os dan Abon) (2011)  · Jozan (Johan dan Zizan) (2012)  · Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim) (2013)  · Zero (Atu, Syaiful dan Sharif) (2014)  · Bocey (Fad, Achey dan Abam) (2016 & 2017)  · Shiro (Shahrol dan Ajak) (2018)
Naib Juara
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) (2011)  · Jambu (Yus dan Tauke) (2012)  · Shiro (Shahrol dan Ajak) (2013)  · Sepahtu (Jep dan Shuib) (2014)  · Joras (Joey Daud, Shuk SYJ & Rahim) (2016)  · Shiro (Shahrol dan Ajak) (2017)  · Bocey (Fad, Achey dan Abam) (2018)