Maharaja_Mexico
Maharaja_Mexico

Maharaja_Mexico

Maharaja Mexico (Sepanyol: Emperador de México) merupakan raja atau pemerintahan negara Mexico pada abad ke-19 namun sekarang jawatan itu sudah lama dimansuhkan. Dengan Pengisytiharan Kemerdekaan Mexico dari Sepanyol pada tahun 1821, Mexico menjadi Empayar Mexico Pertama (1822-1823) dengan memiliki raja dan hidup bebas. Pemerintahan raja itu tidak lama dan telah digantikan oleh Republik Mexico Pertama. Sebaliknya, Mexico kembali menjadi negara yang mempunyai raja pada 1860-an, semasa Empayar Mexico Kedua (1864-1867).Pada tahun 1870-an, Mexico akhirnya menjadi republik semula selepas penggulingan Maximilian I akibat Campur tangan Perancis di Mexico.