Pembunuhan Maharani_Myeongseong

Setelah Jepun memenangi Perang China-Jepun Pertama, Joseon berada di bawah pengaruh kuasa Jepun. Baginda Maharani mendokong hubungan kuat antara Korea dan Rusia sebagai suatu percubaan tindak balas menghalang pengaruh Jepun di Korea. Menteri Jepun di Korea, Miura Gorō, memihak puak Daewongun yang dianggap menyokong kuasa Jepun.

Pada awal pagi 8 Oktober 1895, Rejimen Hullyeondae yang taat setia pada Daewongun menyerang para pengawal istana Gyeongbokgung. Rusuhan ini pula membenarkan sekumpulan ronin khas untuk menceroboh istana dan membunuh si maharani dalam istananya atas arahan Gorō. Pembunuhan tersebut - di mana mayat baginda dibakar para pembunuh dan ditanam setelah dibunuh - menimbulkan kemarahan dalam kalangan kuasa-kuasa penting dunia pada masa itu.[7]

Pembunuhan ini mencetuskan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Korea melalui pemaktuban undang-undang tertentu, pewujudan tentera sukarelawan khas serta tunjuk perasaan di seluruh negara tersebut.[8]Maharaja Gojong serta putera mahkotanya (kemudiannya Maharaja Sunjong) melarikan diri ke bangunan kedutaan Rusia di Seoul tdiak lama selepas pembunuhan Maharani pada tahun 1896. Tindakan ini mendorong kepada pemansuhan Pembaharuan Gabo yang dipengaruhi campur tangan Jepun.[8] Baginda Maharaja kembali ke Gyeongungung (kini Deoksugung) pada sekitar bulan Oktober 1897, di mana baginda mengisytiharkan pembentukan Empayar Korea.[8]

Rujukan

WikiPedia: Maharani_Myeongseong http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2005/... http://www.donga.com/docs/magazine/shin/2004/11/09... http://100.nate.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=28... http://100.naver.com/100.nhn?docid=103953 http://query.nytimes.com/mem/archive-free/pdf?_r=1... http://www.indiana.edu/~easc/pages/easc/curriculum... http://www.gkn-la.net/history_resources/queen_min_... https://books.google.com/books?id=SHIAEo_qGRIC&pri... https://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2010/... https://web.archive.org/web/20020308114817/http://...