Secara umumnya makanan disini adalah membosankan, terutamanya makanan dari
Eropah. Stik atau
sosej boerewors, sayur rebus dan "chips" kentang adalah makanan utama. Para
vegetarian tidak akan menikmati makanan disini yang lebih kepada daging seperti sosej khinzir, daging lembu, kambing dan ayam.
Snek popular di negara ini ialah
biltong, sejenis daging kering dari daging lembu atau daging buruan, dan ia biasanya dimakan sewaktu menonton pertandingan
sukan. Potjie (disebut "pooi-ki") berasal dari
Belanda dan merupakan periuk besi berkaki tiga yang digunakan oleh peneroka-peneroka awal Belanda dan juga penjelajah. Ia kemudian digunakan sebagai periuk memasak puak Afrika untuk memasak
putu (masakan jagung) Dipesisiran pantai pula, kelompok
Portugis mencampurgaulkan masakan mereka dengan penduduk
Mozambique, menghasilkan masakan berunsurkan tomato yang pedas iaitu peri-peri, yang terkenal diseluruh Afrika Selatan. Kini
restoran Nando's telah membawa masakan ayam peri-peri ke seluruh dunia. Melayu Tanjung atau "
Cape Malays" yang tiba di
Cape Town pada akhir abad ke-17 membawa sumbangan terbesar kepada
kuisin di Afrika Selatan. Mereka telah membawa sos pedas,
chutneys,
blatjangs (sos pekat yang dibuat daripada buah-buahan dan perasa),
acar ,
sambal,
bobotie (daging cincang berperisa) dan ikan jeruk. Kaum minoriti India juga mempunyai makanannya yang tersendiri. Makanan yang paling popular dikalangan mereka (terutamanya disebelah
Durban) ialah
kari, tetapi ia tidak sepedas kari di negara asalnya iaitu
India. Suatu keistimewaan di Durban ialah 'bunny' atau '
bunny chow', iaitu roti putih berisi
kari (biasanya daging).Kaum
pribumi Afrika Selatan pula meminati makanan berunsurkan
jagung dan sayuran tempatan. Mereka juga memburu
burung merpati dan
ayam hutan.