Makha
Makha

Makha

Makha (Bahasa Arab: المخا, translit. Al-Makhā, Bahasa Inggeris: Mokha) adalah sebuah bandar pelabuhan terletak di pesisiran Laut Merah negara Yaman.Tempat ini terkenal sebagai suatu lokasi pengedaran kopi terutamanya yang jenis Arabika ditanam dari pelbagai kawasan daratan semenanjung Arab dan dikumpulkan di pelabuhan ini untuk didagangkan di luar negeri.[1] Ia turut merupakan pelabuhan utama untuk ibu kota Yaman, Sanaa sebelum terganti kemudiannya pada abad ke-19 dengan Aden dan al-Hudaydah.Teko Moka dan minuman mocha latte dinamakan sempena kepentingan tempat ini dalam sejarah industri kopi dunia.[1]