Teko_Makha
Teko_Makha

Teko_Makha

Teko Makha atau teko Moka (Bahasa Inggeris: Moka pot, Bahasa Itali: Moka) ialah sejenis perkakasan berupa teko menyeduh kopi dengan menekap wap air panas mendidih melalui serbuk biji tersebut. Teko ini biasanya diperbuat daripada aluminium, namun terdapat juga model diperbuat dari keluli tahan karat atau aloi lain; ia datang dalam pelbagai ukur takaran dari 1 hingga 18 cawan 50 mililiter.[1]Perkakasan ini diciptakan oleh Alfonso Bialetti, seorang jurutera Itali pada tahun 1933;[2] ia dinamakan sempena kota pelabuhan Makha (dalam Bahasa Itali: Moca atau Mokha) di Yaman yang terkenal sebagai tempat pengeluar utama biji ditanam dari serata jazirah Arab dibawa kapal-kapal yang berlayar dari kota ini.[3] Ia menjadi sangat digemari dalam kalangan orang Itali[4][2] meluas seluruh Eropah Selatan selepas Perang Dunia Kedua sebagai alat paling lazim menyeduh kopi di rantau ini.Model asalnya masih dihasilkan Bialetti Industries dengan nama dagang "Moka Express".

Berkaitan