Penerbitan Makrifat_Cinta

Makrifat Cinta diarahkan oleh Kamal G yang turut menulis skrip filem ini, dengan Lady G berkhidmat sebagai penerbit. Filem ini merupakan keluaran sulung Dhananwoodd Films Sdn. Bhd dan juga merupakan sebuah kisah benar yang diilhamkan oleh rakan karib Kamal. Di dalam temuramah bersama portal berita Star2, Kamal berkata: "Apabila saya mendengar ceritanya, saya benar-benar sebak di hati dan bertanya kepadanya adakah saya dapat membayangkan bagaimana dia mengatasi perjuangannya untuk filem ink. Dia kata OK, dengan syarat saya tidak mendedahkan identitinya."[2]

Syamsul Yusof, yang terkenal dengan filem-filem arahannya seperti Evolusi KL Drift (2008), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Munafik (2016), memegang watak sebagai Mahathir, ia juga menggandingkan beliau bersama Nora Danish buat pertama kali.[9] Beliau dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kiri bahunya ketika melakonkan babak letupan semasa penggambaran dijalankan.[10][11][12] Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara.[13][10][14][15] Adi Putra yang melakonkan watak Rizal menyifatkan wataknya sebagai lelaki tamak, manipulatif. Beliau mengakui: "Tidak seperti penjahat lain yang saya lakonkan, Rizal menggunakan kata-kata dan emosi orang untuk mendapatkan apa yang dia mahukan,".[2]

Penggambaran filem ini mengambil masa selama 35 hari di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.[4] Makrifat Cinta turut menggunakan khidmat pakar teknikal dari India.[4] Kamal berkata dalam temuramah bersama Kosmo!: “Kita memang ada menggunakan khidmat suntingan dari India. Ia merupakan usaha kami untuk memberikan yang terbaik kepada penonton. Kepakaran yang mereka miliki itu kita cuba suntik dalam Makrifat Cinta. Bukan sahaja khidmat tersebut, kami juga ada menggunakan lensa berteknologi tinggi bagi penghasilan imej yang terbaik. Semua itu nanti dapat dilihat dalam tayangan filem ini nanti,”.[4]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Makrifat_Cinta http://www.buzzingmalaysia.com/single-post/2017/12... http://www.imdb.com/title/tt7734238/ http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.bharian.com.my/node/215666 http://www.bhplus.com.my/hiburan/selebriti/2018/02... http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.... http://www.kosmo.com.my/hiburan/debaran-i-makrifat... http://www.kosmo.com.my/hiburan/kisah-benar-dalam-... http://www.kosmo.com.my/hiburan/makrifat-cinta-823... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...