Malaikat_Utama

Malaikat Utama (Bahasa Inggeris: archangel) merupakan gelaran malaikat-malaikat berpangkat tinggi yang boleh diketemui dalam tradisi kefahaman beberapa agama utama dunia khususnya agama kefahaman Ibrahim iaitu Kristian, Islam, Agama Yahudi, dan Majusi (Zoroastrianisme). Michael (dalam Islam disebut Mikail) adalah satu-satunya nama malaikat utama yang disebut dalam kitab Bible sepertimana yang disahkan oleh kedua-dua Yahudi dan Kristian. Gabriel, telah disebut dalam Injil Lukas @ Luke, ia juga dianggap sebagai satu dari para malaikat utama, seperti Raphael (menurut Kitab Tobit) dan Uriel (menurut Kitab Henokh). Kitab Tobit telah dimasukkan ke dalam Kanun Injil Katolik (Catholic Canon of the Bible); walau bagaimanapun, kitab ini telah dianggap meragukan kebenaran dan keasliannya oleh kebanyakan penganut agama Kristian Protestan. Malaikat-malaikat seperti Michael (Mikail), Gabriel (Jibrail) dan Raphael (Israfil) dianggap sangat muktabar (amat dipercayai akan kewujudannya) oleh Gereja Katolik Rom dan merayakan ketiga-tiga malaikat utama itu pada 29 September setiap tahun. Nama-nama malaikat utama dalam Islam adalah, Jibrail (Gabriel), Mikail (Michael), Israfil (Raphael) dan Izrail (Azrael).Nama malaikat utama biasa digunakan sebagai nama pertama seseorang lelaki dalam pelbagai versi budaya misalnya, George Gabriel dan Muhammad Jibril.