Malayan_People's_Anti-Japanese_Army
Malayan_People's_Anti-Japanese_Army

Malayan_People's_Anti-Japanese_Army

Malayan People's Anti-Japanese Army (terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu) atau singkatannya MPAJA ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 selepas Jepun mengaku kalah. Dalam 14 hari berdarah itu ramai orang Melayu, Cina dan India dibunuh kerana diangka kakitangan pentadbiran atau memberi pertolongan kepada Jepun masa pemerintahan, mereka dijatuhkan hukuman melalui mahkamah kanggaru, dengan kampong dan pekan digempur. Maka bila 14 hari Darurat itu berlangsung penduduk kampung Melayu terpaksa bertahan dari serangan Komunis. Orang Cina yang ada kaitan dengan Koumintang kena sembelih, kedai dan rumah mereka dibakar walhal masa.Pertubuhan ini dianggotai orang Cina yang dipengaruhi komunism. Dan juga orang Cina yang mempunyai perasaan kebencian terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan sekali lagi Kerajaan Pentadbiran British.