Malcolm_Turnbull
Malcolm_Turnbull

Malcolm_Turnbull

Malcolm Bligh Turnbull (lahir 24 Oktober 1954) ialah ahli politik yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Australia ke-29 dan ketua Parti Liberal Australia dari tahun 2015 sehingga 2018. Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen untuk Wentworth pada tahun 2004.Turnbull menghadiri Sydney Grammar School sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sydney dimana beliau menerima ijazah seni dan kemudian ijazah undang-undang. Beliau kemudiannya menghadiri Brasenose College, Oxford sebagai penerima biasiswa Rhodes di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil. Sebelum menyertai politik, Turnbull bekerja sebagai wartawan, peguam, pegawai bank pelaburan dan pemodal teroka. Pada tahun 1993, beliau menjadi Pengerusi Gerakan Republikan Australia, memegang jawatan itu sehingga tahun 2000.Menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air untuk masa yang singkat dalam Kerajaan Howard pada tahun 2007, Turnbull dilantik sebagai Ketua Parti Liberal pada bulan September 2008, menjadikannya Ketua Pembangkang. Pada bulan November 2009, sokongannya terhadap Skim Pengurangan Pencemaran Karbon yang dicadangkan oleh Kerajaan Parti Buruh memecah belahkan Parti Liberal. Dalam satu pengundian pada bulan berikutnya, Turnbull hilang kepimpinan kepada Tony Abbott dengan satu undi. Pada awalnya bercadang untuk meninggalkan politik, Turnbull kekal sebagai seorang AP dan kemudiannya menjadi Menteri Komunikasi dalam Kerajaan Abbott pada bulan September 2013. Pada bulan September 2015, Turnbull mencabar Abbott untuk kepimpinan Liberal dan memenangi undian berikutnya dengan 54 undi berbanding Abbott 44. Beliau menggantikan Tony Abbott sebagai Perdana Menteri ke-29 Australia selepas dilantik oleh Gabenor Jeneral, Sir Peter Cosgrove.

Rujukan

WikiPedia: Malcolm_Turnbull http://asx.com.au/asx/statistics/displayAnnounceme... http://www.brw.com.au/lists/rich-200/2014/ http://www.brw.com.au/p/entrepreneurs/clive_palmer... http://www.couriermail.com.au/news/malcolm-turnbul... http://www.gq.com.au/life/people/gq+a+with+malcolm... http://www.heraldsun.com.au/news/national/tony-abb... http://www.livenews.com.au/Articles/2008/09/24/The... http://malcolmturnbull.com.au http://www.malcolmturnbull.com.au/ http://www.malcolmturnbull.com.au/about/about-2