John_Howard
John_Howard

John_Howard

John Winston Howard AC, SSI, (lahir 26 Julai 1939) merupakan Perdana Menteri Australia yang ke-25, mulai 11 Mac 1996 hingga 3 Disember 2007. Beliau merupakan Perdana Menteri kedua paling lama berkhidmat selepas Sir Robert Menzies.Howard merupakan ahli Dewan Perwakilan dari tahun 1974 hingga 2007, mewakili Bahagian Bennelong, New South Wales. Beliau berkhidmat sebagai Bendahari di bawah pentadbiran Fraser dari tahun 1977 hingga 1983. Beliau menjadi Ketua Parti Liberal dan Ketua Pembangkang dari tahun 1985 hingga 1989, dan sekali lagi pada tahun 1995.Howard memenangkan parti campuran Liberal-Kebangsaan pada pilihan raya 1996 dengan mengalahkan kerajaan Buruh pimpinan Paul Keating, sekaligus menamatkan 13 tahun kewujudan campuran pembangkang. Kerajaan Howard dipilih semula pada pilihanraya-pilihanraya 1998, 2001 dan 2004, sambil menikmati zaman pertumbuhan ekonomi kukuh dan kemakmuran sepanjang pemerintahannya.[2] Pemerintahan Howard berdepan dengan pelbagai isu seperti pencukaian, hubungan industri, imigresen, perang di Iraq, dan hubungan dengan Pribumi. Kerajaan campuran Howard tewas pada pilihan raya persekutuan 2007 oleh Parti Buruh pimpinan Kevin Rudd. Howard juga kehilangan kerusi parlimen sendiri di pilihan raya itu; dialah Perdana Menteri Australia kedua yang mengalami nasib sedemikian selepas Stanley Bruce pada tahun 1929.