John Winston Howard AC,
SSI, (lahir 26 Julai 1939) merupakan
Perdana Menteri Australia yang ke-25, mulai 11 Mac 1996 hingga 3 Disember 2007. Beliau merupakan Perdana Menteri kedua paling lama berkhidmat selepas
Sir Robert Menzies.Howard merupakan ahli
Dewan Perwakilan dari tahun 1974 hingga 2007, mewakili
Bahagian Bennelong,
New South Wales. Beliau berkhidmat sebagai
Bendahari di bawah pentadbiran
Fraser dari tahun 1977 hingga 1983. Beliau menjadi Ketua Parti Liberal dan Ketua Pembangkang dari tahun 1985 hingga 1989, dan sekali lagi pada tahun 1995.Howard memenangkan parti campuran
Liberal-
Kebangsaan pada
pilihan raya 1996 dengan mengalahkan kerajaan
Buruh pimpinan
Paul Keating, sekaligus menamatkan 13 tahun kewujudan campuran pembangkang. Kerajaan Howard dipilih semula pada pilihanraya-pilihanraya
1998,
2001 dan
2004, sambil menikmati zaman pertumbuhan ekonomi kukuh dan kemakmuran sepanjang pemerintahannya.
[2] Pemerintahan Howard berdepan dengan pelbagai isu seperti pencukaian, hubungan industri, imigresen, perang di Iraq, dan hubungan dengan Pribumi. Kerajaan campuran Howard tewas pada
pilihan raya persekutuan 2007 oleh Parti Buruh pimpinan
Kevin Rudd. Howard juga kehilangan
kerusi parlimen sendiri di pilihan raya itu; dialah Perdana Menteri Australia kedua yang mengalami nasib sedemikian selepas
Stanley Bruce pada tahun 1929.