Maldives, nama rasminya
Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di
Lautan Hindi, di selatan pulau
Lakshadweep,
India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435
batu) ke barat daya
Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia. Nama negara ini berasal daripada perkataan " Kepulauan Bergunung-ganang" (malai di dalam bahasa
Tamil, bermaksud "gunung" dan teevu di dalam bahasa
Tamil bermaksud "pulau") ia juga mungkin bermaksud "seribu pulau". Beberapa sarjana percaya bahawa nama "Maldives" diambil daripada perkataan
Sanskrit maladvipa, bermaksud "susunan pulau-pulau", atau daripada "mahila dvipa", bermaksud "pulau wanita". Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud "istana" (daripada perkataan Mahal di dalam
bahasa Arab) berikutan
pengenalan Islam pada
1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada
Portugis (
1558),
Belanda (
1654) dan hak milik penjajah
British (
1887). Pada tahun
1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada
Britain, dan pada
1968, sistem
Kesultanan telah digantikan dengan sebuah
Republik. Walau bagaimanapun, sepanjang 38 tahun, Maldives hanya pernah mempunyai 2 presiden meskipun sekatan-sekatan politik telah dilonggarkan baru-baru ini.