Pemaltan Malt

Hamparan biji-bijian barli dalam suatu gudang yang digunakan untuk proses pemaltan yang tradisional.

Pemaltan (bahasa Inggeris: malting)[8] merujuk kepada proses menukarkan barli atau bijirin lain dalam binaan tertentu menjadi malt yang bakal digunakan dalam pembuatan bir atau penyulingan arak. Bijirin mentah dihamparkan atas lantai dalam lapisan sedalam 8 hingga 12 sm (3 hingga 5 inci).[9] Proses ini bermula dengan mengeringkan bijian sehingga kandungan air dikurangkan di bawah 14% dan kemudiannya menyimpan biji-bijian tersebut selama sekitar enam minggu untuk mengatasi kedormanan biji benih. Apabila siap, biji-bijian ini direndam dalam air sebanyak dua atau tiga kali dalam tempoh tidak melebihi dari dua atau tiga hari untuk bijian tersebut menyerap kelembapan dan mula bercambah. Apabila kandungan air bijian telah mencecah sekitar 46%, biji-bijian tersebut dipindahkan ke lantai percambahan untuk dibalik-balikkan selama lima hari sebelum melalui proses pengeringan udara [petikan diperlukan]. Bijian pada peringkat ini dipanggil "malt hijau" yang kemudiannya dikeringkan dan dibakar di dalam suatu ketuhar (atau relau) mengikut warna dan spesifikasi yang dikehendaki.[10] Warna malt yang dihasilkan berbeza-beza dari warna kekuningan yang sangat pucat hingga ke warna perang kecoklatan atau hitam.[11]

Bijian yang telah bercambah ini kemudiannya dihamparkan di atas lantai kayu yang berlubang untuk dikeringkan dan diasapkan. Asap yang datang dari serombong pendiangan (melalui saluran asap) kemudiannya digunakan untuk memanaskan lantai kayu lalu mendorong biji-bijian tercambah sekaligus. Suhu ideal untuk proses ini dikawal sekitar 55 °C (131 °F). Binaan yang biasa digunakan untuk proses pemaltan ini terdiri daripada bangunan satu tingkat panjang dengan lantai yang lereng sedikit dari satu hujung bangunan ke satu hujung yang lain.

Cara baru yang digunakan untuk proses pemaltan ini sejak tahun 1940-an adalah menggunakan "kilang pneumatik" di mana kipas-kipas bersaiz besar digunakan untuk meniup udara melalui bijian yang tercambah ini serta mengalirkan udara panas untuk mengeringkan bijian malt. Kaedah baru ini menggunakan lebih banyak bahan mentah, biasanya sebanyak 100 tan bijian berbanding dengan 20 tan dalam kaedah pemaltan yang lama.

Rujukan

WikiPedia: Malt http://www.beer-brewing.com/beer-brewing/barley_ma... http://www.howtobrew.com/section1/chapter3.html http://www.howtobrew.com/section2/chapter12.html http://www.ukmalt.com/howmaltismade/maltmade.asp http://www.whisky.com/information/knowledge/produc... http://oregonstate.edu/instruct/css/330/five/Barle... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pemaltan&d=22... https://books.google.com/books?id=f--1V1ftgtsC&pg=... https://books.google.com/books?id=ienxrTPHzzwC&pg=... https://books.google.com/books?id=vuNBAAAAIAAJ&pg=...