Geografi Malé

Iklim

Malé mempunyai iklim monsun tropika di bawah pengelasan iklim Köppen. Musim lembap di bandar raya ini berlaku dari bulan Mei sehingga Disember manakala musim keringnya pula meliputi empat hingga lima bulan selebihnya. Tidak seperti bandar raya-bandar raya lain di dunia dengan iklim ini, Malé mengalamai suhu yang agak konsisten sepanjang tahun dengan suhu tinggi purata 30 darjah Celsius dan suhu rendah purata 26.5 darjah Celsius. Keadaan tersebut adalah menyerupai min harian purata sepanjang tahun di bandar raya di kawasan khatulistiwa. Kerpasan tahunan di Malé biasanya lebih sedikit daripada 1600 mm.

Berkaitan