Produksi Mamma_Mia!_(filem)

Gereja The Agios Ioannis semasa pengambaran babak perkahwinan dalam Mamma Mia!.

Kebanyakan babak di luar menjalani pengambaran di pulau Greek, Skopelos (semasa Ogos/September 2007),[5] dan perkampungan desa tepi laut Damouchari di kawasan Pelion, Greece. Di Skopelos, pantai Kastani di pantai barat selatan merupakan lokasi pengambaran utama filem.[5] Penerbit membina bar pantai dan jeti di pantai tetapi merobohkannya selepas produksi tamat.[5] Set villa Greek Donna dibina di Pinewood Studios dan kebanyakan filem ini menjalani pengambaran di sana. Pokok sebenar digunakan dalam set.

Bahagian di dalam filem dimana karakter Brosnan, Sam, meninggalkan pejabatnya di New York untuk pergi ke Pulau Greek sebenarnya menjalani pengambaran di Lloyd's Building, Lime Street, London.

Filem menjalani pengambaran di Pulau Greek, Skopelos

Meryl Streep mengambil pelajaran nyanyian opera ketika kanak-kanak dan ketika dewasa, dia telah menyanyi dalam beberapa filem termasuk Postcards from the Edge, Silkwood, Death Becomes Her dan A Prairie Home Companion.[6] Dia merupakan peminat rancangan pentas Mamma Mia! sejak melihatnya di Broadway pada bulan September 2001.