Tayangan Mamma_Mia!_(filem)

Walaupun tayangan perdana filem ini berlaku di tempat lain, kebanyakan media bertumpu kepada tayangan perdana Sweden dimana Anni-Frid Lyngstad dan Agnetha Fältskog menyertai Björn Ulvaeus dan Benny Andersson dengan barisan pelakon di Rival Theatre, Mariatorget, Stockholm, dimiliki oleh Andersson pada Julai 4, 2008. Ia merupakan kali pertama kesemua empat ahli ABBA berada dalam gambar yang sama sejak tahun 1986.[7]

Penerimaan

Mamma Mia! menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 54% pengkritik memberi filem ini ulasan positif berdasarkan 175 ulasan dengan purata rating 5.5/10.[8] The Times memberi filem ini empat daripada lima bintang,[9] sama seperti Channel 4 (Britain).[10] The Guardian memberi filem ini satu bintang,[11]

Box office

Mamma Mia! mengutip $602,609,487 di seluruh dunia dan merupakan filem kelima dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2008.[1] Ia menjadi filem muzikal dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Ia merupakan filem dengan pendapatan ketiga tertinggi pada tahun 2008 di peringkat antarabangsa (i.e., luar Amerika Utara) dengan jumlah anatarabangsa sebanyak $458,479,424 dan filem ketiga belas tertinggi pada tahun 2008 di Amerika Utara (AS dan Kanada) dengan $144,130,063. Di United Kingdom, Mamma Mia! mengutip £69,166,087 setakat Januari 23, 2009 dan merupakan filem keenam dengan pendapatan tertinggi dalam box office UK (di belakang Skyfall, Avatar, Titanic, Toy Story 3 dan Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2).[12]