Stadium Manchester_City_F.C.

Stadium Manchester City adalah Stadium Bandaraya Manchester, juga dikenali sebagai Eastlands dan Stadium Etihad sejak bulan Julai 2011 atas komitmen tajaan. Stadium ini terletak di Timur Manchester dan merupakan sebahagian daripada pajakan operasi 200 tahun daripada Majlis Bandaraya Manchester selepas Sukan Komanwel 2002. Stadium ini telah menjadi stadium tuan rumah City sejak akhir musim 2002–03 selepas kelab ini berpindah dari Maine Road.[25] Sebelum berpindah ke stadium ini, Manchester City membelanjakan lebih daripada £30 juta untuk menukarnya kepada kegunaan bola sepak. Perlawanan pertama di stadium baru adalah kemenangan 2–1 ke atas FC Barcelona dalam perlawanan persahabatan.[26] Kapasiti semasa sejak musim panas tahun 2013 adalah 47,405 selepas selepas pelbagai pengubahsuaian stadium di bawah pemilik baru sejak tahun 2008.[27]

Manchester City telah menggunakan beberapa stadium dalam sejarah mereka: selepas bermain di lima stadium diantara tahun 1880 sehingga 1887, kelab ini bermain di Stadium Bola Sepak Hyde Road selama 36 tahun.[28] Selepas kebakaran memusnahkan Main Stand pada tahun 1920, kelab ini berpindah ke Maine Road yang berkapasiti 84-000 tiga tahun kemudian.

Pemandangan panorama Stadium Bandaraya Manchester