Mapel
Mapel

Mapel


Acer /ˈsər/ adalah genus pohon atau pokok renek yang juga dikenali sebagai mapel. Terdapat kira-kira 128 spesies pohon daripada genus ini yang kebanyakannya berasal dari benua Asia[2] namun terdapat juga bilangan spesies yang kecil di Eropah, utara benua Afrika serta Amerika Utara. Hanya satu spesies mapel sahaja yang bertaburan meluas hingga ke Hemisfera Selatan iaitu Acer laurinum.[3] Spesies tip utama bagi genus ini adalah mapel sycamore atau Acer pseudoplatanus yang merupakan spesies mapel paling banyak terdapat di benua Eropah.[4]