Kontroversi Marjorie_Wallace

Pada 23 November 1973, Wallace berjaya mengalahkan 53 peserta dalam pertandingan Miss World 1973 yang diadakan di Royal Albert Hall di London sebagai wakil Amerika pertama yang memnangi gelaran dan mahkota Miss World.

Sepanjang berada di UK, beliau bekerja dengan selebriti termasuk penyanyi Wales Tom Jones, Bintang bola sepak Ireland Utara George Best, dan pelumba Indianapolis 500 serta Formula One Peter Revson, di mana beliau pernah dilaporkan berkahwin dengan mereka. Sewaktu pertunangannya dengan Revson, beliau berselisih dengan Tom Jones, mencium Jones ketika berada di Pantai Barbados. Hal ini melanggar kontrak Miss World yang sudah ditandatangani Wallace, sehingga memaksa pihak pengurusan pertandingan untuk melucutkan gelarannya pada 7 Mac 1974, 104 hari selepas memenanginya.[1] Penganjur pertandingan mengumumkan bahawa Wallace "telah gagal memenuhi syarat dasar dari pekerjaan."[2]

Pemenang tempat pertama, Evangeline Pascual dari Filipina, ditawarkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemenang (namun tanpa gelaran dan mahkota) namun beliau menolak. Pemenang tempat kedua, Patsy Yuen dari Jamaica, menerima tawaran untuk menyelesaikan tugas Miss World tanpa secara rasmi dinobatkan sebagai Miss World.[3]

Berkaitan