Markas_Angkasa_Amerika_Syarikat
Markas_Angkasa_Amerika_Syarikat

Markas_Angkasa_Amerika_Syarikat

Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) adalah markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Ia pada asalnya ditubuhkan pada September 1985 untuk menyelaras penggunaan ruang angkasa oleh Angkatan Tentera AS.[3] Panglima Tertinggi Markas Angkasa A.S. (CINCUSSPACECOM) juga berfungsi sebagai Panglima Tertinggi Markas Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (CINCNORAD) milik dwi negara AS-Kanada, dan untuk sebahagian besar masa kewujudan USSPACECOM, adalah juga Panglima Markas Angkasa Tentera Udara.Pada tahun 2018, diumumkan bahawa Markas Angkasa A.S. akan ditubuh semula sebagai sebuah markas medan bersepadu. Tujuan untuk pengaktifan semula dan kelulusan dari Kongres telah diisytiharkan pada 29 Ogos 2019. Jeneral John W. Raymond, USAF, merupakan Panglima, Markas Angkasa AS, merangkap Panglima, Markas Angkasa Tentera Udara.