Markas_Eropah_Amerika_Syarikat
Markas_Eropah_Amerika_Syarikat

Markas_Eropah_Amerika_Syarikat

Markas Pemerintahan Eropah Amerika Syarikat (EUCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu Angkatan Tentera Amerika Syarikat, yang beribupejabat di Stuttgart, Jerman. Kawasan tumpuannya meliputi 21,000,000 batu persegi (54,000,000 km2) dan 51 negara dan wilayah, termasuk Eropah, Rusia, Greenland, dan Israel. Panglima EUCOM AS juga merangkap sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Eropah (SACEUR) di dalam NATO—sebuah perikatan tentera antarabangsa. Semasa Perang Teluk dan Operasi Northern Watch, EUCOM menguasai pasukan tentera yang terbang dari Pengkalan Udara Incirlik.