Markas_Pengangkutan_Amerika_Syarikat
Markas_Pengangkutan_Amerika_Syarikat

Markas_Pengangkutan_Amerika_Syarikat

Markas Pemerintahan Pengangkutan Amerika Syarikat (USTRANSCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pemerintahan ini terletak di Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois, dan telah ditubuhkan pada tahun 1987.Markas ini adalah pengurus tunggal sistem pengangkutan pertahanan global Amerika Syarikat. USTRANSCOM ditugaskan dengan penyelarasan aset-aset manusia dan pengangkutan bagi membolehkan pihak AS meluncurkan pasukan tentera dan mengekalkannya, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dan selagi ia diperlukan. Pegawai memerintah USTRANSCOM ialah Jeneral tentera darat Stephen R. Lyons, panglima pertama yang bukan dari pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat.

Markas_Pengangkutan_Amerika_Syarikat

Aktif 1987–kini
Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan
Warna Ungu
Ibupejabat Pangkalan Tentera Udara Scott, Illinois, A.S.
Timbalan Panglima Laksamana Madya Dee Mewbourne, USN
Panglima Jeneral Stephen R. Lyons, USA
Peranan Menyediakan pengangkutan udara, darat, dan laut bagi Jabatan Pertahanan AS pada masa aman dan masa perang. Ia menggerakkan manusia dan harta benda di seluruh dunia.[1]
Moto Together, We Deliver.
Negara  Amerika Syarikat
Jenis Markas Medan Fungsional