Markas_Utara_Amerika_Syarikat
Markas_Utara_Amerika_Syarikat

Markas_Utara_Amerika_Syarikat

Markas Pemerintahan Utara Amerika Syarikat (USNORTHCOM)[5] adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Markas ini ditugaskan dengan memberi bantuan ketenteraan kepada pihak berkuasa bukan tentera di negara AS, dan melindungi wilayah dan kepentingan nasional Amerika Syarikat didalam Tanah Besar Amerika Syarikat, Puerto Rico, Kanada, Mexico, Bahamas, dan jalan masuk udara, darat dan laut ke kawasan ini. Ia adalah markas tentera A.S. yang, jika berkenaan, akan menjadi pembela utama dari pencerobohan benua A.S..USNORTHCOM telah ditubuhkan pada 25 April 2002 apabila Presiden George W. Bush meluluskan Pelan Markas Bersepadu yang baru, selepas peristiwa serangan 11 September 2001. USNORTHCOM mula beroperasi pada 1 Oktober 2002.Sokongan USNORTHCOM yang diberikan kepada pihak berkuasa bukan tentera di A.S. secara sah dibatasi oleh Akta Posse Comitatus 1878, yang menghadkan peranan tentera A.S. dalam penguatkuasaan undang-undang domestik. Namun, dalam kes kecemasan nasional, alam semula jadi atau buatan manusia, Direktorat Kesiagaan Kecemasan Keselamatan Nasional Utara Tentera Udaranya akan mengurus keadaan atau peristiwa tersebut.[6]

Markas_Utara_Amerika_Syarikat

Sebahagian daripada Jabatan Pertahanan
Penyelia Kanan Lain-Lain Pangkat SjnMej Paul McKenna, USMC
Ibupejabat Peterson AFB, Colorado Springs, Colorado, A.S.
Penobatan
Joint Meritorious Unit Award
Timbalan Panglima Leftenan Jeneral Reynold N. Hoover, USA
Panglima Jeneral Terrence J. O’Shaughnessy, USAF[4]
Peranan "Unit-unit USNORTHCOM menjalankan operasi Pertahanan Tanah Air dan Bantuan Awam didalam kawasan tanggungjawab yang ditugaskan untuk mempertahan, melindungi, dan memelihara negara Amerika Syarikat dan kepentingannya." [2]
Moto "We have the watch"[3]
Negara  Amerika Syarikat
Ditibuhkan pada 1 Oktober 2002
(17 tahun) [1]
Jenis Markas medan bersepadu