Senioriti Marsyal_Tentera_Udara

Marsyal tentera udara boleh diambil kira sebagai marsyal dan pangkat itu adalah bersamaan dengan pangkat Fil Marsyal tentera darat dan pangkat Laksamana Armada tentera laut. Marsyal tentera udara adalah pangkat lima bintang dan di negara-negara NATO ia ditunjukkan oleh kod ranking OF-10. Walaupun berpangkat kanan, ia amat jarang dipegang. Ianya dianugerahkan samada dalam kapasiti istiadat kepada ketua negara atau ahli-ahli keluarga diraja, atau kepada pegawai-pegawai yang paling kanan dalam tentera udara yang besar.

Dalam angkatan tentera udara Australia, India, Thailand dan United Kingdom, marsyal tentera udara adalah pegawai atasan Ketua Marsyal Udara. Dalam kes di New Zealand, walaupun pangkat marsyal Tentera Udara Diraja New Zealand telah diberikan, tiada pegawai Tentera Udara Diraja New Zealand mencapai kedudukan yang lebih tinggi daripada Marsyal Udara dan pangkat ketua marsyal udara hanya wujud di atas kertas. Situasi yang sama di New Zealand juga wujud di Malaysia sehingga tahun 1970-an apabila Tentera Udara Diraja Malaysia menggantikan pangkat pegawai udaranya dengan pangkat pegawai jeneral, walaupun ia mengekalkan pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Kanada tidak pernah diberikan.[1]

Dalam era Nazi Jerman, Luftwaffe (tentera udara), bersama-sama dengan Heer (tentera darat), menggunakan pangkat generalfeldmarschall (fil marsyal), yang setara dengan grossadmiral (laksamana besar) dalam tentera laut. Generalfeldmarschall adalah pegawai atasan generaloberst (kolonel jeneral) dan ia adalah pangkat yang paling kanan dalam tentera udara dan tentera darat Jerman sehinggalah kenaikkan pangkat Hermann Goering, panglima besar Luftwaffe, ke pangkat yang lebih tinggi Reichsmarschall (Marsyal Imperial atau Marsyal Empayar) pada bulan Julai 1940. Pangkat reichsmarschall dan generalfeldmarschall tidak lagi wujud selepas kejatuhan Reich Ketiga.