Erti Martir

Dalam erti asalnya, istilah 'martir' yang bermaksud saksi digunakan dalam lingkungan sekular dan juga Wasiat Baru Alkitab Kristian (Injil).[1] Tindakan menjadi saksi ini tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian saksi itu, tetapi adalah diketahui daripada para sasterawan purba (seperti Josephus) dan juga kitab Injil bahawa saksi selalunya menggadai nyawa atas pengakuan mereka.

Pada awal zaman Kristian, istilah ini mendapat erti baru iaitu penganut yang dipanggil sebagai saksi kepercayaan agama mereka, lalu ditindas atau dihukum mati atas pengakuan mereka. Penganut agama Kristian terawal yang menggunakan istilah martir dalam erti kata ini menganggap Jesus (Nabi Isa a.s.) sebagai martir sulung dan terulung, berdasarkan kisah penyaliban baginda.[2][3][4] Penganut Kristian awal ini nampaknya menganggap Jesus sebagai contoh martir yang terulung.[5]

Jadual yang berikut menunjukkan ciri-ciri am yang terdapat pada stereotaip martir.

Ciri-ciri stereotaip kemartiran[6]
1.WiraTokoh terkenal yang berpegang teguh pada perjuangan yang dikira mengagumkan.
2.TentanganMereka yang menentang perjuangan itu.
3.Risiko terdugaWira menduga tindakan lawannya untuk mendatangkan mudarat terhadapnya disebabkan komitmennya terhadap perjuangannya.
4.Keberanian dan KomitmenWira meneruskan komitmennya terhadap perjuangan sungguhpun mengenal bahayanya.
5.KematianLawan membunuh wira disebabkan komitmennya kepada perjuangannya.
6.Sambutan orang ramaiPemergian wira itu diperingati. Orang ramai boleh terus-terang menggelar wira itu sebagai martir, ataupun diilhamkan untuk memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh wira ini.