Masa_Bahagia_Pertama
Masa_Bahagia_Pertama

Masa_Bahagia_Pertama

Ia adalah babak awal Pertempuran Atlantik yang mana U-boat Tentera Laut Jerman menikmati kejayaan yang signifikan terhadap Royal Navy British dan Sekutunya telah dirujuk oleh kru-kru U-boat sebagai "Masa Bahagia" ("Die Glückliche Zeit"),[1] dan kemudian Masa Bahagia Pertama, selepas tempoh kejayaan kedua ditemui.Ia bermula pada Julai 1940, sejurus selepas Kejatuhan Perancis, yang membawa armada U-boat Jerman lebih dekat dengan laluan perkapalan British di Atlantik. Dari Julai 1940 hingga akhir Oktober, 282 buah kapal Bersekutu karam di luar pantai barat laut menghala ke Ireland dengan kehilangan 1,489,795 tan kapal dagang.[2]Punca kejayaan Paksi ini adalah kerana pihak British kekurangan kapal yang dilengkapi dengan radar dan huff-duff yang menunjukkan bahawa kapal selam U-boat sangat sukar dikesan ketika mereka membuat serangan diparas permukaan pada waktu malam – ASDIC (sonar) hanya dapat mengesan U-boat yang sedang menyelam. Bagaimana ia berakhir adalah masalah interpretasi, dengan beberapa sumber menyatakan pada Oktober 1940[3] dan yang lain memanjangkannya hingga April 1941,[4] selepas pihak Jerman kehilangan tiga komander U-boat yang ternama: Günther Prien, Joachim Schepke dan Otto Kretschmer.[5]