Masakan_Brunei
Masakan_Brunei

Masakan_Brunei

Masakan Brunei adalah sangat mirip dengan masakan jirannya di Malaysia dan Indonesia, dengan tambahan pengaruh dari India, China, Thailand, dan Jepun. Seperti yang lazin di rantau ini, nasi dan ikan adalah makanan asasi, walaupun daging lembu adalah mahal dan menjadi kurang lazim. Oleh kerana kebanyakan penduduknya beragama Islam, makanan adalah halal, jadi daging babi dan alkohol sukar didapati.[1] Di kawasan-kawasan luar bandar, haiwan buruan seperti burung liar, rusa sambar dan kijang diburu.