Masakan Masakan_China

Satu hidangan dalam budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama:

  1. satu sumber karbohidrat atau kanji, yang dikenali sebagai zhǔshí ("主食" "makanan utama", makanan ruji) — biasanya nasi, mi, atau mantou (pau kukus); dan
  2. penyertaan hidangan sayur-sayuran, daging, ikan, atau benda-benda lain, dipanggil cài (菜, "sayur").

Mi merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina. Namun, di kebanyakan tempat di China, terutamanya bahagian utara, produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus (seperti mantou) lebih banyak, berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Meskipun nasi itu amat penting dalam masakan Cina, kadang-kala nasi langsung tidak dihidangkan; apabila begini, nasi hanya akan diberi apabila masakan lain sudah tiada, atau sebagai hidangan sampingan berbentuk nasi goreng pada akhir waktu makan. Sup biasanya disajikan pada awal dan akhir waktu makan di China Selatan.