Minuman Masakan_Turki


Walaupun kebanyakan orang Turki mengamalkan kepercayaan Islam, minuman alkohol dapat dibeli dengan mudah seperti di Eropah. Bagaimanapun, kebanyakan orang Turki menjauhi diri daripada meminum alkohol semasa bulan suci Ramadan. Adanya beberapa jenama lager tempatan (seperti Efes) dan banyak jenis bir antarabangsa yang dikilangkan di Turki (seperti Miller, Beck's dan Tuborg), serta sebilangan besar bir import. Terdapat juga berbagai-bagai wain tempatan seperti Kavaklıdere, dan Angora yang semakin popular dengan perubahan-perubahan keadaan iklim yang memanfaatkan pengilangan wain. Rakı, sejenis minuman alkohol berperisa jintan manis, merupakan minuman keras yang biasa diminum dengan makanan mezze. Minuman-minuman kegemaran yang lain termasuk ayran (sejenis minuman yogurt yang sejuk dan masin), boza, dan jus lobak putih.

Şerbet ialah minuman ringan yang diperbuat daripada buah-buahan seperti buah mawar, ceri karnelian, atau akar manis. Sesetengah penyesuaian sezaman boleh didapati di Laman web lezzet.com. Dalam masakan Turki klasik, Hoşaf (komposto) mengiringi hidangan-hidangan daging dan pilaf sebagai alternatif.

Minuman Tidak Beralkohol

Pada sarapan pagi dan sepanjang hari orang Turki minum teh hitam. Teh dibuatkan dengan dua teko di Turki. Teh pahit kuat dibuat di sebelah atas teko dicairkan dengan menambahkan air dari sebelah bawah.

Ayran (minuman yogurt masin) adalah minuman sejuk yang terumum, yang boleh diminum dengan hampir semua hidangan masakan di Turki.

Kefir disediakan dengan bijian kefir dan susu.

Şalgam suyu (jus turnip sedang atau panas) adalah satu lagi minuman penting bukan alkohol yang biasanya diminum dengan kebab.

Boza adalah minuman musim sejuk tradisional (dihidangkan sejuk dengan kulit kayu manis dan kadang-kdang mengandungi leblebi).

Sahlep adalah satu lagi kegemaran pada musim sejuk (dihidangkan panas dengan kulit kayu manis). Sahlep dicedok dari akar-akar orkid liar dan boleh digunakan dalam ais krim Turki juga. Ini adalah minuman popular di barat Eropah sebelum kopi dibawa dari Amerika dan dikenali.

Şerbet (sherbet) (IPA: [ʃer'bet]) ialah minuman ringan manis tradisional Turki yang diperbuat daripada pinggul mawar, ceri cornelian, mawar, atau likoris dan rempah.

Dalam masakan klasik Turki, secara alternatif Hoşaf (IPA: [hoʃ'af]) (komposto) menemani hidangan daging dan pilav.

Secawan kopi Turki; kahve.

Kopi Turki adalah kopi kenalan dunia yang dapat dihidangkan manis atau pahit. Dalam bahasa Turki, ada suatu perpatah yang menegaskan pentingnya dalam kebudayaan Turki secawan kopi ke seseorang: "secawan kopi mempunyai keanggapan 40 tahun". (Untuk pautan di antara biji kopi ditinggalkan oleh Tentera Uthmanniyah dan kedai kopi hari ini di Vienna, sila ambil ujian BBC di http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/4305656.stm). Ia harus dinyatakan bahawa walaupun orang Arab menggelarkan kopi mereka kopi Turki, ia lain dari segi aroma dan citarasa dari kopi Turki.