Masjid_Saint_Petersburg
Masjid_Saint_Petersburg

Masjid_Saint_Petersburg

Masjid Saint Petersburg (Bahasa Rusia: Санкт-Петербу́ргская мече́ть), semasa pembukaannya pada tahun 1913, merupakan masjid terbesar di Rusia. Menaranya berukuran 49 meter tinggi sementara kubahnya pula berukur 39 m. Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Saint Petersburg, dan dapat menampung lima ribu orang jemaah.Batu asas diletakkan pada rahun 1910 bagi memperingati ulang tahun pemerintahan Abdul Ahat Khan ke-25 di Bukhara. Pada masa itu, bilangan Muslim di ibu kota (masa itu) Rusia melebihi 8,000 orang, dan binaan yang dicadangkan dapat menampung semua orang Muslim. Jurubina masjid, Nikolai Vasilyev mereka bentuk masjid mengikut bentuk Gur-e Amir, makam Amir Timur ("Tamerlane") di Samarkand. Pembinaan selesai pada tahun 1921.Para jemaah diasingkan mengikut jantina—jemaah wanita bersolat di aras pertama masjid sementara jemaah lelaki bersolat di aras bawah. Masjid ini ditutup dari tahun 1940 hingga 1956.Masjid Saint Petersburg ini merupakan masjid yang paling utara di dunia, mengatasi Masjid Uppsala di Sweden.

Masjid_Saint_Petersburg

Status Aktif
Bil. menara 2
Koordinat 59°57′19″N 30°19′26″E / 59.955247°N 30.323896°E / 59.955247; 30.323896Koordinat: 59°57′19″N 30°19′26″E / 59.955247°N 30.323896°E / 59.955247; 30.323896
Ketinggian kubah (luar) 39 meter (128 ka)
Lokasi Saint Petersburg
Ketinggian menara 49 meter (161 ka)
Arkitek Nikolai Vasilyev
Negara  Rusia
Bil. kubah 1
Kapasiti jemaah 5,000
Tempoh pembinaan 1910 - 1921
Nama tempatan Санкт-Петербу́ргская мече́ть