Match_Up_(EP)

Match Up ialah album mini (EP) kedua bagi pasangan muzik lelaki MXM. EP ini dilancarkan oleh syarikat Brand New Music dan diedarkan oleh Warner Music Korea pada 10 Januari 2018. Ia mengandungi enam lagu, di mana lagu "Gadis Berlian" (다이아몬드걸) merupakan runut utama dan versi instrumental lagu tersebut hanya boleh didapati dalam cakera padat sahaja.