Kerjaya Mazlan_Nordin

Mazlan Nordin pernah menjadi pembantu di Kedai Buku Yahaya Ariff & Sons di Kuala Kangsar. Beliau diterima bekerja sebagai penterjemah di Utusan Melayu ,Singapura pada Jun 1950. Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu adalah Tan Sri Abdul Samad Ismail, telah membimbing selok-belok penulisan kepada para pemberitanya.Apabila Rusuhan Natrah meletus, beliau ditugaskan mewawancara Natrah di gereja yang hendak diKristiankan. Berita ini telah menjadi berita utama muka depan Utusan Melayu.

Beliau juga menjadi pemberita sambilan, iaitu menulis semula berita ke dalam Bahasa Inggeris untuk Singapore Free Press (kemudian dikenali sebagai Malay Mail).

Setelah empat bulan di Utusan Melayu , beliau menjadi wartawan penyiaran di Voice of American di New York. Tahun 1953, beliau menyertai semula Utusan Melayu .Kemudian sebagai editor Berita Harian selama lima tahun. Berita Harian ketika itu hanyalah terjemahan dari New Straits Times.Beliau yang menjadi penterjemah dan pemberita sekali lagi berguru dengan Tan Sri A. Samad Ismail.

Dari Februari 1973 - 1982, beliau kembali ke Utusan Melayu sebagai Ketua Editor dan Pengarah Urusan (1983-1987). Beliau juga ‘Editorial Consultant’ di New Straits Times Press (M) Bhd. (2000-September 2001). Beliau menjadi kolumnis di Mingguan Malaysia, The Sun, New Straits Times dan majalah Asiaweek dan Penulis Tamu, Universiti Kebangsaan Malaysia.