Takrif Megabait

Istilah "megabait" dianggap sebagai kabur maknanya oleh sesetengah orang kerana ia biasanya digunakan untuk bermaksud kedua-dua 1000² bait dan 1024² bait. Kekeliruan ini diakibatkan oleh suatu kompromi jargon teknik untuk gandaan bait yang perlu dinyatakan melalui kuasa dua tetapi tidak mempunyai penamaan yang sesuai. Oleh sebab 1024 (2¹º) adalah lebih kurang sama dengan 1000 (10³), gandaan-gandaan SI yang lebih kurang sepadan mula digunakan sebagai gandaan perduaan yang lebih kurang sama.

Pada beberapa tahun yang lalu, pihak berkuasa piawaian dan kerajaan, termasuk IEC, IEEE, EU dan NIST, telah mencuba mengatasi kekaburan ini dengan mempromosikan penggunaan megabait untuk memerihalkan 1000² bait sahaja dan "mebibait" untuk memerihalkan 1024² bait. Peralihan ini dibayangkan oleh bilangan projek perisian yang menggunakannya yang semakin bertambah, akan tetapi kebanyakan pengurus fail masih menunjukkan saiz fail sebagai "megabait" ("MB").

Istilah "megabait" kini masih kabur maknanya dan boleh mempunyai mana-mana satu takrif umum yang berikut:

  1. 1,000,000 bait (10002, 106): Ini adalah takrif yang disyorkan oleh SI dan IEC. Takrif ini digunakan dalam konteks perangkaian serta kebanyakan bahantara storan, khususnya pemacu keras, DVD, dan storan berasaskan ingatan kilat. Kegunaan ini adalah selaras juga dengan kegunaan-kegunaan awalan SI yang lain dalam pengkomputan, misalnya kelajuan jam CPU atau ukuran prestasi.
  2. 1,048,576 bait (10242, 220): Takrif ini paling biasa digunakan untuk merujuk kepada ingatan komputer, tetapi kebanyakan perisian yang memaparkan saiz fail atau muatan pemacu, termasuk pengurus fail, juga menggunakan takrif ini. Sila lihat Kekeliruan pengguna (dalam rencana "gigabait").
  3. 1,024,000 bait (1000×1024): Ini digunakan untuk memerihalkan muatan terformat untuk pemacu flash USB dan cakera liut HD 3.5 inci "1.44 MB" yang sebenarnya mempunyai muatan sebanyak 1440 KiB, iaitu 1,440×1,024 bait atau 1,474,560 bait.