Politik Megat_Najmuddin_Megat_Khas

UMNO

Megat Najmudin menjadi Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya (1985-1995) ; Pengerusi Tetap UMNO Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995).[3] Menteri Besar Selangor ketika itu ialah Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib.

Sebagai veteran UMNO, Megat Najmudin dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin UMNO dari 2002-2009. Beliau pernah dijemput membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 'Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di Kuala Lumpur. Sebarang kes rasuah pemimpin UMNO hendaklah dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin UMNO. Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat.[4]

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ialah Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Selain Megat Najmuddin Megat Khas , ahli lain ialah Datuk Alias Ali dan Datuk Hafarizam Harun (Penasihat Undang-Undang UMNO) dan mesyuarat Lembaga Disiplin diadakan di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).[5]

Beliau adalah rakan sekolej dengan Raja Petra Kamaruddin di di MCKK dan merayu agar Raja Petra tidak lagi bersembunyi di sebuah apartmen mewah di London.[6]

BERSATU

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Displin BERSATU pada 10 Ogos 2018 lalu.[7]

Rujukan

WikiPedia: Megat_Najmuddin_Megat_Khas http://www.asianworldsummit.com/team.php http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/08/...