Biografi Meghan_Trainor

1993-2008: Kehidupan awal

Trainor dilahirkan 22 Disember 1993 kepada ibu bapanya Gary dan Kelli Trainor. Beliau dibesarkan di Nantucket, Massachusetts.[7][8][9] Bapanya mengajar muzik selama lapan tahun dan bermain organ di Gereja Methodist.[10][11] Beliau mempunyai dua adik lelaki. [10] Ketika dia berumur sebelas tahun, Trainor berkata kepada ayahnya bahawa beliau ingin menjadi artis rakaman.[10][12] Penampilan pertamanya pada perkahwinan ibu saudara dan bapa saudaranya tahun 2004, [13] di mana beliau memainkan lagu "Heart and Soul" di piano.[14] Trainor mula tampil di "semua kugiran pesta pertunangan" dengan ahli keluarganya ketika berusia 12 tahun.[11] Mereka menampilkan muzik yang diilhamkan oleh muzik Soca di bar Nantucket.[11]

Pada usia 13, Trainor menulis lagu pertamanya, "Give Me a Chance".[14] Bapa Trainor membantunya belajar bermain gitar dan mendorongnya untuk menerokai pelbagai genre muzik.[10] Ibunya berkata Trainor "mendengar banyak dengan telinga".[10] Ketika Trainor berada di kelas lapan, keluarganya meninggalkan Nantucket, sementara pindah ke Orleans, Massachusetts, dan kemudian menetap di North Eastham, Massachusetts. Di sana, Trainor memasuki Nauset Regional High School. Bermain bersama anggota NRBQ Johnny dan Joey Spampinato, Trainor mengembangkan kemahiran muzik dan mengambil pelajaran gitar dari Spampinato.[10][11] Beliau adalah ahli kumpulan jazz selama tiga tahun ketika SMA dan bekerja secara bebas di studio rumahnya.[10]

2009-2013: Permulaan kerjaya

Ketika berusia lima belas tahun, Trainor disenaraikan di Summer Performance Program tahun 2009 di Berklee College of Music, di mana ia mencapai program akhir pertandingan menulis lagu. [15][10][16] Tahun itu, Trainor menghasilkan album pertama yang dikeluarkan sendiri, pada 25 Disember, [17] menggunakan GarageBand.[10][18] Bapanya menyatakan bahawa Trainor "fikir beliau adalah salah satu gadis gemuk yang tidak pernah akan menjadi seniman" dan untuk alasan ini beliau cenderung kepada penerbitan lagu.[11] Album Trainor yang dikeluarkan sendiri ini diikuti oleh dua album akustik pada tahun 2011, "I'll Sing with You" dan "Only 17". Tiga album itu semuanya dikeluarkan sendiri.[16] Trainor berkolaborasi dengan bapanya menerusi tiga lagu jazz Only 17. Sepanjang 2010 dan 2011, Trainor mengambil bahagian dalam pertandingan menulis lagu di seluruh Amerika Syarikat.[19] Only 17 diserahkan kepada ahli NRBQ Al Anderson di pameran penulis lagu di Durango.[10] Anderson menyerahkan album itu untuk Carla Wallace dari Big Yellow Dog Music, yang menawarkan Trainor kontrak.[9] Ibu bapa Trainor yang mendorongnya untuk mengorbankan kuliah untuk perjanjian penerbitan.[20]

Selepas menandatangani perjanjiannya dengan Big Yellow Dog, Trainor meneruskan kerjayanya sebagai penulis lagu, kerana tidak ada orang di Los Angeles berminat bekerjasama dengannya. [21] Trainor menjadi kecewa dengan berangkat ke Los Angeles untuk sesi penulisan lagu. Ibu bapanya yang tidak mahu Trainor berpindah, menggambarkan pindah ke sana sebagai "menakutkan" dan mahal.[10] Beliau memutuskan untuk pindah ke satu tempat yang lebih murah di Nashville, Tennessee, pada bulan November tahun 2013.[10] Pada tahun 2014, beliau meraih royalti pertama sebagai penulis lagu dengan menulis untuk artis rakaman dari Itali dan Denmark,[13][22] kemudian menulis lagu untuk Sabrina Carpenter,[9] Rascal Flatts, [10] Hunter Hayes, dan R5.[23][24] Trainor juga menyanyi sebagai vokalis utama dan vokal latar untuk demo dari beberapa artis.[13] Pada bulan April tahun 2013,[25] Trainor bertemu penulis lagu dan penerbit Kevin Kadish melalui seorang rakan di Nashville.[10]

2014-2015: Kejayaan bersama Title

Trainor mengadakan persembahan di Philadelphia semasa Jingle Ball Tour 2014.

Kadish dan Trainor menulis lagu "All About That Bass" pada tahun 2014. Setelah pelbagai label rakaman dan artis rakaman, termasuk Beyonce dan Adele, menolak untuk merakamkan lagu tersebut, Trainor merakam lagu itu sendiri, dan menampilkannya pada ukulele untuk ketua Epic Records, LA Reid.[26] Trainor menggaji Troy Carter sebagai pengurusnya.[20] "All About That Bass" dikeluarkan pada 30 Jun 2014,[27] dan muzik videonya menjadi hit viral.[28] "All About That Bass" mencapai nombor satu di 58 negara dan menjadi salah satu single terlaris sepanjang masa, dengan jualan di seluruh dunia lebih daripada enam juta salinan pada Disember 2014.[29][30]

"All About That Bass" mendahului EP sulung Trainor, Title, dikeluarkan pada 9 September 2014.[31] EP ini dicipta secara keseluruhan oleh Trainor dan Kadish,[32] dan memuncak di nombor 15 di Billboard 200 dan nombor 17 di Canadian Albums Chart.[33][34] Trainor melancarkan single kedua, "Lips Are Movin'" pada 21 Oktober 2014.[35] Video muzik lagu ini ditugaskan oleh Hewlett-Packard, yang memasukkan Trainor sebagai sebahagian daripada kempen promosi untuk produk HP Pavilion mereka.[36] Single ini memuncak di nombor empat di Billboard Hot 100.[37] "Lips Are Movin'" menjadi singlenya yang kedua berada di hit 10 besar di Australia dan Kanada,[38][39] dan ketiga di New Zealand.[40] Pada bulan November 2014, ia muncul sebagai mentor jemputan di musim ketujuh The Voice siri Amerika.[41] Trainor disenaraikan sebagai Most Trending Music Artist keempat yang paling dicari di Google untuk tahun 2014.[42] Billboard menjadikannya di kedudukan keempat sebagai artis baru terbaik tahun ini,[43] dan menempatkannya di kedudukan 12 pada senarai 21 Under 21 tahun 2014 mereka.[44]

Sony Music Entertainment meminta agar penerbit Trainor, Big Yellow Dog Music, menarik tiga album Trainor yang dikeluarkan sendiri dari peredaran dalam mempromosikan album pertama label, Title. [10] Oleh itu, Title diiktiraf sebagai album studio sulung Trainor.[45][46] Album itu dijadikan sebagai pengganti album penuh dari EPnya dengan judul yang sama,[47] dan dikeluarkan pada 9 Januari 2015. [48] Album ini menduduki di carta Billboard 200. [49] Pada 3 Mac, Trainor melancarkan single ketiga dari album tersebut berjudul "Dear Future Husband".[50] Trainor berduet dengan Charlie Puth di single pertama Puth berjudul "Marvin Gaye" yang juga keluaran pada Mac 2015.[51] Single Trainor seterusnya, "Like I'm Gonna Lose You" berduet dengan John Legend, menjadi nombor satu keduanya di Australian Singles Chart.[52] Konsert jelajah pertama Trainor, That Bass Tour, bermula pada 11 Februari 2015, band Australia Sheppard sebagai pembuka. [53] Album ini akan lebih dipromosikan melalui MTrain Tour, dengan Charlie Puth dan Life Of Dillon sebagai pembuka. Jelajah akan bermula pada tarikh 3 Julai 2015.[54]

2016: Thank You

Trainor mendedahkan kepada E! Online pada 7 Januari 2016, bahawa album studio keduanya, Thank You, hampir selesai.[55] Trainor memberitahu MTV bahawa album itu dipengaruhi oleh Elvis Presley, Aretha Franklin, dan Bruno Mars, dan mempunyai kerjasama antara dirinya dan R. City.[56] Single pertama album itu, bertajuk "No", dihasilkan oleh Ricky Reed [57] dan dikeluarkan pada 4 Mac 2016,[58] tidak lama selepas Trainor memenangi Anugerah Grammy untuk Artis Baru Terbaik.[59] Single utama setakat ini memuncak pada nombor 3 di US Billboard Hot 100. Tidak lama selepas "No" telah dikeluarkan, Trainor mengeluarkan empat single promosi, "Watch Me Do", "I Love Me",[60] "Better (menampilkan Yo Gotti) , dan "Mom", yang menampilkan ibunya, Kelli Trainor. Bermula pada bulan Julai 2016, Trainor akan memulakan The Untouchable Tour, untuk menyokong album, dengan Hailee Steinfeld and Common Kings sebagai persembahan pembukaan.[61] Album ini dikeluarkan secara eksklusif di Apple Music pada 6 Mei 2016, dan dijadualkan untuk menerbitkan komersial standard pada 13 Mei 2016.[62] Single kedua beliau dari album yang bertajuk "Me Too", telah dikeluarkan pada 5 Mei 2016. Disertakan video yang dikeluarkan pada 9 Mei 2016, tetapi kemudiannya dikeluarkan pada hari itu kerana manipulasi digital yang tidak diluluskan oleh pihak Trainor.[63] Ia telah diperbetulkan kepada versi tidak disunting dan dikeluarkan semula pada hari berikutnya.[64]

Rujukan

WikiPedia: Meghan_Trainor http://www.ariacharts.com.au/news/50574 http://at.7digital.com/artist/meghan-trainor/relea... http://www.allmusic.com/album/title-ep-mw000273381... http://www.allmusic.com/artist/meghan-trainor-mn00... http://www.allmusic.com/artist/meghan-trainor-mn00... http://www.ascap.com/eventsawards/awards/popawards... http://www.ascap.com/eventsawards/awards/popawards... http://australian-charts.com/showinterpret.asp?int... http://www.axs.com/news/meghan-trainor-announces-d... http://m.calendar.bellinghamherald.com/performer?i...